Powered By Blogger

FRIENDLY FOLLOWERS ^_*

Ahad, 5 Februari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Assalammualaikum?... apa khabar teman teman...adik adik ain semua...semoga semuanya sihat, bahagia lagi diberkati Allah s.w.t...

hari nie...jangan lupe..hari kebesaran hari kelahiran junjungan mulia kita...Nabi Muhammad s.a.w 12 rabiul awal 1433h bersamaan hari ini 5 februari 2012...

selamat menyambutnya dan perbanyakkan lagi berselawat pada junjungan mulia kita...

WASIAT NABI MUHAMMAD KEPADA SAIYIDINA ALI

wahai Ali....
bagi orang alim itu ada 3 tanda :


* jujur dalam berkata-kata.
* menjauhi segala yang haram.
* merendahkan diri.

wahai Ali....
bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda :

* merahsiakan ibadahnya.
* merahsiakan sedekahnya.
* merahsiakan ujian yang menimpanya.

wahai Ali....
bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda :

* mengawasi dirinya.
* menghisab dirinya.
* memperbanyakkan ibadah pada Allah s.w.t.

wahai Ali....
bagi orang yang taqwa itu ada 3 tanda :

* takut berlaku dusta dan keji.
* menjauhi kejahatan.
* memohon yang halal kerana takut jatuh kedalam keharaman.

jadikan nasihat baginda itu buat diri kita juga....amalkan kebaikan...jauhkan keburukkan..salam maulidur rasul sekali lagi dari ain disini...jauh dimata...dekat dihati...cehh macam iklan tv9 lar pula yea...hihi..takpe...just smile....=)

0 ceritera: