FRIENDLY FOLLOWERS ^_*

Jumaat, 14 Disember 2012

BILA HATI MENANGIS...




jiwa akan jadi lemah..

dunia rAsA sempit..

minda rAsA sesak..
fikiran rAsA buntu..
harapan mulA lesu..
semangat mulA luntur..
pandangan mulA kabur..
siapa sudi mendengar keluhan hati ini..
manusia tidak mampu merawat hati yang rawan..
terasa diri manusia paling malang di dunia..
sedangkan masih ada insan yang begitu hebat diuji olehNya..
di kala ini..berhentilah sejenak..
renunglah kekhilafan diri..
betapa lekanya diri ini dalam menunaikan kewajipan sebagai hamba..
alangkah angkuh dan sombongnya diri ini melangkah di bumi pinjaman ini..
bilA kita sihat..kita alpa..
bilA kita berjaya..kita bongkak..
tanpa sekelumit rasa syukur terhadap segala bentuk nikmat dan ujian..
bilA hati menangis..
izinkanlah titisan air matamu membanjiri..
agar keinsafan muncul utk kesekian kalinya..
kerana Pencipta hati ini begitu merindui hambaNya..
yang begitu lunak memohon pengampunan dariNya..
DIAlah Yang Maha Pengasih..Lagi Maha Mengasihani..


0 ceritera: