Powered By Blogger

FRIENDLY FOLLOWERS ^_*

Jumaat, 30 September 2011

NENEK YANG MELAHIRKAN BAYI




Semoga terhibur dgn cerite2 lawak tuk hari nie yea...ain tgh boring nie...sebab tue cari bahan ketawe...terfikir pula nk share gelak2 ketawe dengan u all...hikhikhik....

Pada suatu hari, seorang nenek yang berusia 80 tahun telah melahirkan seorang anak hasil perkahwinannya dengan seorang pemuda kampung. Rakan-rakannya yang terkejut mendengar berita itu telah pergi ke rumahnya untuk melawat nenek tersebut.
Ketika rakan-rakannya ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu pun berkata..
“Nanti dulu..tunggu sekejap.”
Mereka pun menunggu dengan penuh debaran. Selang beberapa minit kemudian, mereka pun berkata ingin melihat bayi itu lagi. Lalu nenek itu pun berkata…
“Nanti dulu…” sambil menggaru-garu kepalanya yang sudah beruban.
Kemudian mereka pun bertanya kepada nenek itu.
“Bila kami boleh melihat bayi engkau..??”
Nenek itu pun berkata..
“Tunggu sehingga bayi itu menangis..”
Mereka memandang antara satu sama lain dan berasa sungguh hairan. Mereka pun bertanya lagi..
“Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis??”
Lalu nenek itu pun menjawab…
“Sebab aku dah lupa mana aku letak bayi aku tadi…….”
hahaha..=)

0 ceritera: