Powered By Blogger

FRIENDLY FOLLOWERS ^_*

Isnin, 2 Mei 2011

*BAHAGIA KE..?



Siapa sini yang tak nak bahagia? Mestilah semua orang nak bahagia.. tu kan fitrah hidup manusia. Masing-masing ingin mencari kebahagiaan. Tapi adakah keinginan untuk bahagia tu tercapai? Kadang-kadang hajat kita nak kecap bahagia tu tak kesampaian. Kenapa? Mungkin sebab kita tak tahu bagaimana nak mencari bahagia atau takpun kita memang tak tahu apa itu bahagia? Kalau kita tak tahu benda yang kita cari mana mungkin kita dapat jumpa benda tu.

Apa makna bahagia? Ramai yang kata bahagia tu datang bila kita sihat. Bahagia tu datang bila kita ada harta.. bahagia tu datang bila kita ada pangkat dan kuasa. Betul ke? Nak kata faktor-faktor tadi pencetus kebahagian mungkin tak. Faktor-faktor tu mungkin penanda aras kepuasan seseorang tapi bukan penanda aras bahagianya seseorang. Ramai antara kita yang merasakan faktor-faktor luaran tu tadi lah yang membawa bahagia. Tapi bila jatuh sakit.. jatuh miskin.. turun pangkat atau tiada kelulusan.. muka hodoh atau dah tak popular, bahagia lagi ke seseorang tu? Adakah mereka yang berharta, berkelulusan dan berjawatan tinggi, orang-orang ternama betul-betul bahagia? Sama-sama kita renung.. bahagia ni relatif sifatnya malahan ada sesetengah golongan tak percaya adanya bahagia.

Jika difikirkan, tak adillah bagi orang yang miskin jikalau bahagia itu terletak pada kekayaan. Tak adillah bagi orang yang sakit jika bahagia itu pada mereka yang sihat walafiat.. tak adillah bagi mereka yang tak punya rupa menawan jika bahagia itu hanya untuk mereka yang cantik dan kacak. Tak adillah bagi mereka yang tak berpelajaran kalau cuma orang-orang yang terpelajar dan berkelulusan sahaja yang bahagia. Sesungguhnya Allah itu maha adil dan saksama.

Jadi, mana letaknya bahagia? Kebahagian itu hakikatnya terletak pada ketenangan hati. Mesti ramai yang pernah terdengar atau terbaca satu kalimat Al-Quran yang bermaksud "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". Inilah erti sebenar kebahagian. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa kekayaan itu bukan pada banyaknya harta tapi kerana kayanya hati. Maksud kaya hati di sini adalah hati yang tenang yang sentiasa mengingati Allah, syukur di atas segala kurniaa-Nya dan sabar di atas segala dugaan.




Untuk itu.. sama-sama lah kita jaga hati kita.. bersihkan dan puliharalah ia demi mencapai bahagia. Kemuncak bahagia itu bila hati kita mampu mendorong kita ke arah kebaikan dan menghindarkan kita dari keburukan. Ingatlah.. bahagia itu ada di sepanjang jalan.. bukan hanya di pangkal dan bukan hanya di hujung. Carilah kebahagiaan pada hati yang tenang. InsyaAllah..



0 ceritera: